KAMI has landed in Kluang! Hilman, Isz D'Barney, Kecik and Lings came by Kluang yesterday evening and stayed a night exploring Kluang as well as to celebrate the Tiger Year with yours sincerely. The main agenda of the visit was to EAT, EAT and EAT. There are a few things that came into my mind when we talk about food in Kluang.
First stop: Kedai Asam Pedas at Kluang Baru! It was pricey (bill came up to over RM70 for 4 dishes) but it was so worth it. Apparently the otak-otak served wasn't the 'usual' kind that these people from KL, Penang and Selangor have been having. It has prawns, mussels and whatever not in it. The asam pedas ikan merah was average with a strong asam kick to it. Aside from that, the sambal sotong petai was amazingly HOT and SPICY. Overall, a good start to a great trip in Kluang :)
After dinner, we went back to the hotel to rest and prepare for the next day. (Well, of course we didn't sleep that early but whatever happened that night is another topic for another day... Hehehe...)
How can anyone come and visit Kluang for the first time NOT have a cup of the famous Kluang coffee? So, for breakfast, the bunch of us took off to Kluang Rail Coffee opposite Kluang Parade for some Kopi-O,roti bakar and telur separuh masak.
I have no idea what they put in the coffee but it's good. Maybe it's the beans. Or the coal-toasted roti bakar. Or it could be half-boiled eggs. Either way, breakfast was great and for the boys, drinking the coffee was such a life-changing experience that I had to bring them to this place opposite Dewan Chong Hwa that sells Television-brand coffee powder to stock-up for them to bring back home.
Obviously there's a limit as to how much food our stomach can hold so, we drove around Kluang talking about the history of this town during the colonial era, World War 2 period as well as the various developments since then. Kluang have always been a special town with all sorts of different and unique characteristics in comparison to other towns of the same size/shape.
Dinner? Check.
Breakfast? Check.
Now, time for lunch. We had Tangkak Beef Noodles, which is situate roughly a block behind Kluang Rail Coffee. The meat were soft, supple and proved to the perfect accompaniment to the noodle and soup, mixed and cooked to perfection. Add some vinegar and the taste of the beef will jump out with a great kick.
That was pretty much it! We have successfully completed our quest of eating at least 3 awesome meals a day (Well, sort of...).
Of course they did the whole visiting the house thing for Chinese New Year and it was good for my family to get to meet the people that I hang out with when I'm not at home ;)
hahaha... just nk kongsi jer pengalaman dengan korang... nk tau? xpayah la... kahkahkah just kidding... aku n da gang baru pulang dr menyambut hari raya cina di rumah king chai... wah! cool beb! macam2 ada... kahkahkah... kalau difikir2kn memang agak x berbaloi... sebabnya... jauh tuh! ditambah lagi dengan kos perbelanjaan ke kluang...dasyat2..kahkahkah. (in details: minyak pi balik RM80, tol RM 65, lain2 RM 30...) tp, disebabkan layanan baik n mesra yg diberikan oleh king chai n family (father, mum n uncle)... kami diberikan penginapan di hotel beb!!! kahkahkah...cool! mkn pon sedap2... "ada cucuk2 bintang" menikmati sarapan di kluang railway station... makan asam pedas kluang dikala malam yg sunyi... dan yg paling best skali... dapat ang pow berjumlah RM30... kahkahkah... thanks to woon's familys... jasamu dikenang... kahkahkah... (ayat skema jap) :p itulah saat manis, cool, sempoi n cun skali utk tahun nie... kahkahkah... moga ketemu bukak sem nie k? see ya!!! kahkahkah...
hari ini hari sabtu... hari dimana adanya engkau, dia, mereka dan aku... sentiasa berada dimana-mana...
hari ini hari sabtu... ada yg masih menyusu... ada yg berpusu-pusu...kemana? ke bandar2 megah kaum elit... mencari 'ketenangan' kononnya... berbelanja sakan di pusat2 hiburan, shopping center, PUB... rakus menindas harta mereka yg bergelar proletar... rakus menindas harta mereka yg bergelar anak yatim... rakus menindas harta mereka yg bergelar ibu tunggal... rakus menindas harta mereka yg bergelar sebatang kara... rakus menindas harta mereka yg bergelar MANUSIA HINA...
dan KAU? bergembira memakannya tanpa sedikit pun tidak berpunyakan hati dan perasaan... menampung gaji dan upah kau yg sangat2 tidak wajar... peruntukan driver? orang gaji? elaun rumah? elaun keraian, arghh... kau hanya menghabiskan sesuap makanan yg hendak dimasukkan kedalam mulut2 mereka yg bergelar proletar... kau langsung tidak punyai hati perut... kau makan harta anak yatim... kau makan harta anak WARGANEGARA... kau benar2 lintah yg x pernah2 kenyang... kerna APA? kerna...
kahkahkah baru sahaja selesai meneliti habis2 model LOTUS F1 CAR MALAYSIA... warnanya agak x cool... penonjolan dr aspek colour agak x berapa jelas... penaja kelihatan seperti nk menyorokkan diri... kahkahkah... xpelah... hope ada improvement... wishing u best of luck LOTUS F1 CAR! kahkahkah
hahaha. baru pulang dr menonton " Adnan Sempit " bagi memenuhi kuota 1 juta penonton... kahkahkah lawak giler la.. must see to anak muda yg COOL!!! hahaha
* I'm sorry I didn't mean to call but I couldn't fight it I guess I was weak and couldn't even hide it And so I surrender just to hear your voice
Don't know how many times, I said I'm gonna to live with out you And maybe someone else is standing there beside you But there's something baby that you need to know That deep inside me I feel like I'm dying I have to see you it's all that I'm asking
** Baby, give me back my fantasy The courage that I need to live, the air that I breathe Living without you, my world becomes so empty The days are so cold and lonely And each night I taste the purest of pain
I wish I could tell you I'm feeling better every day That it didn't hurt me when you walked away But to tell you the truth I can't find my way
And deep inside me, I feel like I'm dying I have to see you, it's all that I'm asking
[Repeat ** , **]
[Repeat ** , *]
Copyright (c) 2010 Sony Music Entertainment (M) Sdn Bhd
memerhati dari jauh... melihat rakan2 ku dipersimpangan... masing2 dengan sesuatu yang digalas dan dipegag... ataupun yg bernama "beg"... siap sedia menunggu kehadiran jentera-jentera pacuan masing2...
ada yg melambai-lambai... ada yg menangis kesedihan n rindu... ada yg bergelak ketawa... ada yg duduk...dan ada yg diduduki...
dan aku? masih disini lagi... mencari ilham yg masih belum ku temui... dan ku hanya terfikir... "saat aku" disini...
Berkenaan Pilihan Raya Kampus (PRK) UKM baru-baru ini yang banyak berlaku penyelewengan, pihak kami telah membuat aduan secara profesional. Namun, aduan kami hanya dibakul sampahkan. Justeru, saya menyeru sahabat-sahabat yang mempunyai ruang seperti blog, FB dan lain-lain, sila "publish"kan penyelewengan-penyelewenga
n ini secara besar-besaran. Biar semua orang tahu bahawa ada sekumpulan manusia yang sedang menindas mahasiswa di UKM.
Yang pasti, di akhirat nanti akan saya tuntut satu persatu dari setiap orang yang merupakan PENINDAS, pendokong kumpulan penindas, penyokong dan mereka yang berdiam diri tatkala melihat penindasan. Kalau kamu yakin di pihak yang benar, jangan takut dengan ayat saya ini.
Kepada pimpinan ASPIRASI dan CCC yang kononnya bijak mahu mengajar kami supaya menggunakan pendekatan "nego" dalam menyelesaikan masalah, jangan anggap kami bodoh. Jangan anggap kami selalu demontrasi sahaja. Kami sudah banyak kali "nego". Saya bersedia berdebat dengan mana-mana pimpinan ASPIRASI dan CCC dalam isu ini kerana kamu sudah banyak kali menipu mahasiswa lain terutama mahasiswa tahun satu dalam hal ini.
Mesti ASPIRASI akan kata "ini fitnah!". Ya, saya cabar kamu bawa kes ini, kita tribunalkan secara terbuka. Mana tahu, kamu boleh membawa kes ini ke tribunal yang kami juga inginkan kerana kamu ada KABEL BESAR.....http://tintaduat.blogspot.com
ADUAN KESALAHAN DALAM TEMPOH PEMBUANGAN UNDI DAN PENGIRAAN PERJALANAN BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UKM SESI 09/10.
Berikut adalah antara tindakan yang telah dilakukan oleh pihak Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar di beberapa Kolej Kediaman.
Kolej Keris Mas.
1) Bermula jam 9 pagi salah seorang pelajar Fakulti Pengajian Islam Tahun 2 telah diberikan kertas undi bagi kerusi Fakulti Pengajian Islam tahun 3 sedangkan tiada pertandingan untuk kerusi Pengajian Islam tahun 2 kerana Menang Tanpa Bertanding. Merujuk kepada Perkara 29 Peraturan Pemilihan, calon yang menang tanpa bertanding akan diisytiharkan tiada pertandingan akan dijalankan. Tindakan ini jelas menyalahi peruntuntukan ini yang boleh dianggap sebagai berniat jahat tujuan mengelirukan pengundi dan seterusnya menunjukkan ketidakcekapan Jawatankuasa Pelaksana kolej ini.
1) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1.
2) Pihak Felo telah memberikan arahan kepada JAKSA Kolej untuk membuka Kaunter SPKG yang telah menimbulkan keraguan dan ketegangan antara calon dan wakil wakil calon yang bertanding. Alasan yang digunakan untuk perkara ini adalah setiap siswa/I perlu mendaftar di kaunter SPKG tersebut dahulu sebelum mengundi dengan alasan pemberian merit untuk pelajar yang turun mengundi. Ini adalah dikira sebagai penyalahgunaan kuasa oleh felo felo untuk tujuan yang salah. Merujuk kepada Perkara 48(3)(a) Peraturan Pemilihan , adalah tidak dibenarkan untuk mewujudkan pondok pondok panas sepanjang hari pengundian. Tindakan Felo felo dan JAKSA ini jelas telah melanggar peraturan dan menimbulkan ketegangan yang gagal di tangani walaupun aduan telah dibuat kepada Jawatankuasa Pelaksana peringkat kolej.
3) Tindakan diatas juga telah menimbulkan pertelingkahan yang buruk antara calon dan wakil calon dengan pihak Pegawai Keselamatan peringkat atasan sendiri iaitu Ketua Pegawai Keselamatan yang merupakan Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP merujuk kepada Perkara 5 (2)(i) yang bertindak bias atau berat sebelah selepas gagal menangani isu ini sehingga jam 5.00 petang.
4) Tindakan mewujudkan Kaunter SPKG ini juga telah dikesan dengan tujuan yang menyalahi Peraturan 48(3)(b) dan (c) yang mana Kaunter tersebut telah digunakan untuk berusaha meraih undi kepada pihak pihak tertentu dan juga bagi tujuan mengedar senarai nama nama calon yang bertanding. Kewujudan kaunter SPKG ini telah disahkan oleh YDP JAKSA kolej ini iaitu Saudara Faizul Imran Bin Nadzri melalui notis yang di cop olehny dan ditampal di dinding Kolej berkenaan.
5) JAKSA kolej Keris Mas juga telah bertindak memakai baju yang sama berlabel “Aspirasi” bagi tujuan meraih undi dan memberi tekanan kepada para pengundi, Calon dan Wakil Calon sepanjang tempoh hari pengundian. Perkara ini telah melanggar Perkara 48(2) yang melarang menunjukkan identiti yang melambangkan identiti sebuah kumpulan seperti pakaian, tanda nama dan lain lain. Perkara ini telah diadu dan dibantah kepada Ketua Pusat Undi iaitu Pengetua Kolej sendiri oleh calon calon tetapi tidak dapat diselesaikan malahan tekanan diberikan kepada Calon yang mengadu dan membantah.
Kolej Burhanuddin Helmi.
1) Pihak JAKSA kolej bersama beberapa kumpulan pelajar telah bertindak mengedarkan senarai nama nama calon kepada pelajar pelajar Tahun 1 sebagai tekanan meraih undi kepada pengundi. Pelajar adalah dilarang untuk memancing undi sepanjang hari pengundian dengan merujuk kepada Perkara 23 Buku Panduan Calon Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2009. Walaupun perkara ini telah dibantah oleh Calon dan Wakil CAlon, namun perkara ini masih lagi berterusan berlaku dan Wakil Calon dan Calon pula yang diberi tekanan apabila membuat bantahan.
2) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1
3) Semasa proses pengiraan undi dijalankan, Pengetua sebagai Ketua Pusat Undi telah melakukan tindakan yang meragukan Calon dan Wakil Calon yang mengira undi. Tindakan Pengetua Kolej iaitu Prof.Madya Dr.Kadderi Md.Desa sedikit sebanyak mengganggugugat perjalanan proses pengundian dengan telus dan adil.
Kolej Tun Hussin Onn.
1) Pengundi pengundi tahun 3 Fakulti teknologi dan Sains Maklumat telah tidak dibenarkan untuk mengundi atas alasan kerusi yang dipertandingkan adalah bagi pelajar tahun 1 dan 2 sahaja. Mereka hanya diberikan 1 kertas undi sahaja iaitu bagi memilih Caloon Umum.
2) Semasa Pengiraan Undi dijalankan, tiada penyelarasan untuk memisahkan undi yang rosak. Ada diantara kertas undi yang rosak diterima tanpa sebab yang munasabah dan tanpa persetujuan daripada calon wan wakil kira undi calon.
3) Terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi meraih undi disekitar kawasan kolej dengan menunjukkan identity perkumpulan dan berusaha mengedar risalah senarai nama calon sepanjang hari pengundian.
Kolej Ibrahim Yaakob.
1) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1.
2) Salah seorang pelajar tahun 2 Fakulti Sains dan Teknologi hanya diberikan kertas undi bagi memilih calon kerusi umum sahaja tanpa diberikan kertas undi Fakulti. Tindakan ini telah menimbulkan keraguan kepada pengundi, Calon dan wakil calon di kolej berkenaan.
Pusat Pembuangan Undi di Pusanika.
1) Pusat pembuangan undi ini telah dibuka lewat iaitu sekitar jam 8.20 pagi. Ini telah menimbulkan masalah kepada pelajar pelajar yang ingin mengundi. Tempoh waktu pembuangan undi adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Secara umumnya, terdapat banyak salahlaku yang ditelah dikesan yang dilakukan diperingkat Kolej Kediaman dan kebanyakan daripadanya gagal ditangani dengan baik oleh Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi. Kebanyakan tindakan ini telah memberikan tekanan kepada para pengundi, Calon dan Wakil Calon sepanjang tempoh Pengundian dan Pengiraan Undi yang berlangsung semalam bersamaan 28 Januari 2010. Masalah catatan nombor siri ini berlaku hampir di kesemua kolej kediaman yang dikawal oleh Pengetua pengetua tetapi perkara ini tidak berbangkit sama sekali di Pusat Pembuangan Undi di Pusaneka yang diuruskan oleh Jawatankuasa Pelaksana daripada Fakulti fakulti.
Atas sebab-sebab inilah dan banyak sebab-sebab yang lain yang tidak dikemukakan diperingkat kami merasakan perlu melakukan beberapa tindakan,baik dari segi rundingan dan majlis-majlis penerangan kepada mahasiswa terutamanya.
Kepada mahasiswa sekalian, marilah kita terus menyatakan sokongan kita menolak kezaliman dan penipuan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tertentu dalam mencatur politik kampus saban tahun.
"man are born free but everywhere he is in chain..."
bebas mcm mana pon manusia tu..ianya tetap dibelenggu dgn rantai peraturan...
dimana-mana sahaja, rumah? tempat kerja? skola? toilet? nk mkn? semuanya ada rantainya...termasuk la juga berkahwin...dan institusi itu juga merupakan satu rantai kepada kehidupan...
Budaya politik?
ape tu budaya politik?
sajauhmanakah budaya politik mengimpak sesebuah negara?
- budaya politik merupakan suatu bentuk sosiobudaya yg terdapat dlm lingkungan bagi sesuatu kawasan itu dan mengamalkan sistem politik dalam pemerintahan. -terpusat pada legitimasi peraturan n badan politik (Finer) -manakala bagi Almond dan Verba pula, budaya politik merupakan sikap individu terhadap sistem politik dan peranan yg dimainkan oleh sistem politik. -terdapat 3 bentuk budaya politik ini
Parochial: xde peranan yg dimaminkan oleh individu dalam sistem politik.
Subjek: individu dlm masyarakat berpendapat bahawa mereka merupakan sebahagian daripada proses politik tetapi tidak terlibat secara aktif dalam politik.
Partisipasi: mengambil bahagian dalam sistem politik secara aktif.
-impak yg diberikan kepada sesebuah negara itu adalah sangat besar. hal ini disebabkan oleh ianya berkaita rapat dengan faktor sejarah, sosioekonomi, geografi dan etnik.
aku tengah dalam dilema utk pilih tajuk tesis aku... ada dua tajuk yg berlegar dlm otak aku nie.. 1st pasal politik kampus yg berbunyi... "Politik kampus UKM: analisis perbandingan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010 dan sesi 2010/2011." 2nd lak tentang.. "menyingkap pemerintahan elit moden dan elit tradisional: kajian mengenai elit di Putrajaya dan elit di kampung kuang"
ehm..pening2... xtaw nk choose mane satu...risau pon ade gak... takut x cukup establish la bahan2 utk salah satu tajuk nie..huhuhu. ade idea x? huhuhu
kahkahkah... bila dah start sem break... hilang semuanya... bagaikan angin yg terputus tiupannya... semuanya pulang ke halaman masing2... hope... perjuangan KAMI bersama tidak hanya tinggal perjuangan... teruskan berkibar panji2 perjuangan... walaupun berada di halaman masing2... salam perjuangan buat semua rakan2 dan aktivis2 sekalian... aku ucapkan moga terus success dan jgn sesekali putus angin! INGAT!!!!! bukak sem nanti... tiup la angin sekencang-kencangnya!!!! BYE! kahkahkahkah saat aku tertawa!
Sejarah munculnya gerakan mahasiswa telah berkembang sejak didirikan Universiti Bologna Paris dan Oxford pada abad ke 12 dan ke 13. Gerakan mahasiswa sedunia mulai muncul ketika terjadi penyerangan oleh tentera Hitler terhadap pertemuan Mahasiswa sedunia pada tangal 17 November 1939 di Praha Cekoslowakia. Akibat penyerbuan itu, sembilan pemimpin mahasiswa terbunuh dan Universitas Charles pun ditutup. Peristiwa tersebut membuat mahasiswa terkesan bukan hanya di Cekoslawakia, akan tetapi juga di seluruh dunia.
Setelah kejadian ini, mahasiswa pun bangkit sebagai kelompok penentang, peristiwa 17 November ini di jadikan sebagai International Student Day. Pada Mac 1945 di London diadakan pertemuan yang dihadiri oleh 24 mahasiswa dari seluruh dunia. Pertemuan tersebut telah menghasikan satu kesimpulan untuk membentuk satu organisasi mahasiswa seluruh dunia yang dikenal dengan nama Federasi Mahasiswa Seluruh Dunia. Selanjutnya pada bulan November pertemuan ini dilanjutkan kembali juga di tempat yang sama selama 2 hari. Pertemuan ini dihadiri oleh 150 orang mahasiswa dari 38 negara di dunia. Pada waktu yang sama juga telah lahir satu lembaga mahasiswa yang didominasi oleh kelompok komunis yang diberi nama “The Word Federation Of Democratic Youth (WFDY). Kelahiran organisasi ini telah mempengaruhi pertemuan di London, di mana organisasi Federasi Mahasiswa mengambil sikap beraliansi dengan WFDY atau tidak. Disinilah mulai terjadi perpecahan ditubuh organisasi mahasiswa dan hampir saja organisasi Federasi Mahasiswa ini dibubarkan. Namun satu tahun kemudian, tepat pada 17 November 1946 diadakan kembali pertemuan mahasiswa sedunia di Praha, Cekoslawakia. Dalam pertemuan inilah terbentuk organsisasi mahasiswa sedunia secara resmi yang diberi nama International Union Of Student (IUS).Dikemudian hari, IUS mengalami perpecahan disebabkan oleh tiga faktor, pertama, IUS gagal melakukan protes terhadap Coup D’etat di Cekoslawakia pada Februari 1948. Sedangkan secara realiti mahasiswa mengerakkan gelombang demontrasi menentang usaha Coup D’etat. Sebaliknya Komunis dengan bantuan tentera merah Uni Soviet menindas aksi-aksi mahasiswa tersebut. Kedua, kegiatan IUS berkerjasama dengan WFYD yang melaksanakan kongres di Calcutta India pada tahun 1948. Teryata kongres tersebut dijadikan alasan oleh pihak Komunis untuk melakukan kudeta di Asia seperti Burma, Malaysia, Filipina dan Indonesia. Faktor ketiga adalah IUS tidak mampu melakukan protes terhadap pemberontakan Parti Komunis Indonesia (PKI) di Madiun pada tanggal 18 September 1948. Selanjutnya perselisihan semakin hebat dari tahun ketahun hingga menyebabkan perpecahan dalam tubuh gerakan mahasiswa. Namun begitu perang Korea meletus, IUS melaksanakan kongres kedua di Praha pada 22 Juni 1950.
Para mahasiswa dari negara Barat mengambil sikap menentang, mereka yang terdiri dari 21 wakil National Union Of Student mengadakan pertemuan di Stockholm Swedia. Dalam pertemuan itulah kemudian mereka melahirkan berdirinya The International Student Conference (ISC).Organisasi mahasiswa terpecah menjadi dua, satu bernama IUS yang berpusat di Praha, Cekoslawakia, sedangkan satu lagi bernama ISC yang berpusat di Leiden, Belanda. Perpecahan dalam tubuh organisasi mahasiswa ini merupakan cerminan terhadap perpecahan politik dunia, dimana terjadi persaingan dan gesekan antara dua blok raksasa dunia yaitu Uni Soviet versus Amerika serikat yang terkenal dengan perang dingin. Akibat perpecahan di tubuh organisasi mahasiswa, gerakan-gerakan mahasiswa lebih banyak menyusup dalam gerakan-gerakan di tingkat nasional. Seperti Revolusi di Hongaria pada 23 Oktober 1956, mereka menuntut agar para dosen yang menganut aliran Stalinist dipecat dari Universitas. Mahasiswa dan rakyat bersatu padu dalam gerakan tersebut, mereka menyerukan 'suara kemerdekaan dengan slogan kami ingikan kebebasan dan tentera Uni Soviet harus segera meninggalkan Honggaria'.Gerakan tersebut di hadiri oleh 100.000 mahasiswa. Gerakan ini disambut oleh tentera beruang merah dengan mengerahkan tank-tank, panser dan pesawat tempur. Walaupun gerakan tersebut dilayani dengan kekerasan, namun semangat perjuangan mahasiswa tidak pernah mundur, malah mahasiswa terus bersemangat untuk memperjuangkan sistem politik, kebebasan, demokrasi, keadilan, dan penghargaan terhadap martabat manusia. Gerakan demi gerakan terus mereka lakukan seperti di Lisbon, Portugis 1 Februari 1965. Mahasiswa menuntut demokrastisasi dan perbaikan sistem pendidikan serta kebebasan di Universiti. Demikian juga gerakan dinegara-negara lain baik di Perancis, Polandia, Belgia, Belanda, Inggris, Afrikan, Maroko, Libya, Iran, Irak, Sudan, Kenya, Turki, Nepal, Korea Selatan, Filipina dan Indonesia. Mahasiswa tetap menjadi tonggak politik untuk melakukan segala perubahan di seluruh dunia.
Bacaan lanjut; Pergolakan Mahasiswa Abad Ke20, Kisah Perjuangan Anak – anak Muda Pemberang, karya Yozar Anwar
Dari kes kajian ini, Anabella telah menjalankan proses persenyawaan luar rahim (bayi tabung uji) tanpa memberitahu suaminya Joshua. Tindakan Anabella yang terlalu mengikut perasaan sendiri dan tidak menghiraukan perasaan suaminya Joshua, maka ini boleh dikatakan suatu tindakan yang tidak bermoral berdasarkan Teori Kant. Dalam teori Kant menyatakan bahawa tiada suatu perkara pun yang baik tanpa syarat kecuali Tekad Baik. Tekad yang bermaksud dalam teori Kant ini ialah kebolehan manusia yang unik untuk bertindak menurut peraturan, prinsip-prinsip dengan mengenepikan sebarang bentuk kepentingan peribadi atua akibat daripada tindakan itu. Selain itu, perbuatan Anabella yang bertindak mengikut perasaan sendiri telah melanggarkan undang-undang Islam. Ini kerana dalam perundangan Islam Anabella boleh dikatakan melakukan berzina sebab pengambilan benih daripada ornag lain tanpa diketahui oleh suaminya Joshua.
Anabella telah menggunakan benih lelaki yang lain dan bukan menggunakan benih suaminya sendiri untuk menjadi kehamilan, adakah ini boleh dijadikan satu peraturan sejagat? Maka ini boleh dikatakan tidak bermoral berdasarkan Kategorikal Imperatif. Mengikut Kategorikal Imperatif menyatakan bahawa sesuatu tindakan itu dianggap sebagai tidak bermoral jika sekiranya peraturan yang membenarkan itu tidak dapat digunakan secara umum sebagai satu peraturan universal kepada semua manusia untuk menuruti atau mematuhi. Jikalau tindakan Anabella ini dikatakan bermoral dan diterima oleh semua orang, apakah yang akan terjadi kepada keluarga tersebut? Akibatnya ialah kebanyakan keluarga akan berpecah-belah, perceraian berlaku di kalangan pasangan suami isteri, isteri yang dicerai akan menjadi ibu tunggal serta mungkin anak itu dijadikan bahan ketawa atau dihina di kalangan masyarakat. Jadi, adakah tindakan Anabella ini boleh digunakan secara umum atau sebagai peraturan universal yang dapat diterima secara umumnya?
Fikiran Anabella sentiasa berpendapat bahawa dalam sesebuah kelurga yang sempurna mesti mempunyai anak. Dalam aplikasi Praktikal Imperatif, Anabella telah menggunakan anak sebagai satu matlamat untuk membina sebuah keluarga yang berharmoni dan sempurna serta tidak ingin bertengkar dengan suaminya tentang hal tersebut. Berdasarkan praktikal imperative menyatakan bahawa kemanusiaan hendaklah sentiasa menjadi menjadi matlamat tetapi bukan alat perlakuan individu. Jadi perbuatan Anabella adalah tidak bermoral mengikuti teori tersebut sebab dia memperalatkan anak itu untuk mencapai keinginannya iaitu menjadi seorang ibu.
Proses persenyawaan luar rahim yang dijalankan oleh Anabella merupakan satu bentuk ekstrim dari anti-kehidupan iaitu telah melanggarkan Teori Hukum Semulajadi. Berdasarkan teori ini percaya bahawa nilai-nilai kemoralan itu sedia dapat alam semesta ini dan menjadi undang-undang alam untuk manusia mematuhinya untuk menjadi bermoral. Sebagai contoh, bukan semua pasangan suami isteri adalah menggunakan cara persenyawaan luar rahim untuk kehamilan. Malah cara persenyawaan luar rahim hanya digunakan oleh pasangan suami isteri yang menghadapi masalah dalam proses persenyawaan saja. Tetapi Anabella tidak mengalami sebarang gangguan kesihatan dan dengan kedegilan menjalankan proses persenyawaan luar rahim ini untuk mendapatkan anak maka tindakannya dikatakan tidak bermoral berdasarkan prinsip teori hukum semulajadi.
Anabella telah membuat keputusan menggunakan cara persenyawaan luar rahim tanpa peduli mengambil benih lelaki lain sebab dia berpendapat bahawa kewujudan bayi akan mendatangkan kegembiraan dan memenuhi keinginannya sebagai seorang ibu. Pada pandangan Egoisme adalah bermoral kerana ia menyatakan bahawa tindakan yang dibuat adalah untuk kepentingan atau kebaikan diri sendiri. Tetapi, sekiranya proses persenyawaan luar rahim itu tidak disetujui bersama suaminya sebab suaminya Joshua tidak menginginkan anak dan sebagai akibatnya suaminya berasa kecewa atas tindakan Anabelle serta menceraikannya iaitu membawa kesan buruk atau kerugian pada diri sendiri. Dalam situasi ini, Anabella adalah dianggap tidak bermoral dalam teori egoisme. Bukan itu saja, proses persenyawaan luar rahim bukan sekali boleh berjaya hamil dan jikalau gagal akan menjejaskan kesihatan Anabella diri snediri serta mungkin membawa kematian jika Anabelle ingin berterusan menjalankan proses persenyawaan tersebut.
Pada masa yang sama, Anabella telah mengamalkan teori moral Eksistensialisme iaitu dia telah membuat keputusan sendiri untuk menjalankan proses persenyawaan luar rahim untuk mendapat cahaya mata walaupun suaminya Joshua tidak ingin anak. Dalam eksistensialisme mengatakan semua individu mempunyai hak dan kebebasan untuk membuat keputusan atas pilihan sendiri dari segi bentuk kebebasan jasmani, kehendak dan moral. Kebebasan ini bukan bermaksud kita boleh bertindak sesuatu yang apa-apa yang kita mahukan tetapi kebebasan bertindak tanpa diamanahkan, perasaan dan larangan serta dikenhendaki olehnya sendiri. Berdasarkan kes ini, tindakan Anabelle dengan sukarela atau rela hati untuk menjalankan proses persenyawaan luar rahim tanpa dipengaruhi oleh suaminya. Suaminya Joshua tidak inginkan anak walaupun lama berkahwin tetapi Anabelle telah lama ingin melahirkan anak supaya keluarga ini menjadi lebih sempurna lalu membuat keputusan untuk menjalankan proses persenyawaan luar rahim tanpa membuat pertimbangan dan tidak dipengaruhi oleh fakta bahawa suaminya tidak inginkan anak. Sebaliknya, Anabelle juga boleh dikatakan tidak bermoral dalam toeri eksistensialisme sebab dia melihat setiap keluarga mempunyai anak dan begitu bahagia dan berasa cemburu manakala dia sendiri berasa keluarga begitu sunyi tanpa seorang anak dalam keluarga ini. Dalam keadaan dia pun telah dipengaruhi lalu pun inginkan seorang anak walaupun tidak disetujui oleh suaminya Joshua dan telah membuat keputusan menjalankan proses persenyawaan luar rahim untuk kehamilan.
Doktrin Utilitarianisme menghendaki kita supaya sentiasa bertindak untuk menghasilkan kebaikan atau kesenorokan yang maksima kepada bilangan orang sebanyak mungkin atau semua pihak yang terlibat. Jikalau perbuatan Anabella dijadikan contoh dan ditiru atau mempengaruhi masyarakat membuat sedemikian seperti Anabella menjalankan persenyawaan luar rahim untuk mendapat anak, apa akan terjadi? Bilangan ramai pasangan suami isteri akan bercerai atas hal demikian serta anak yang dilahirkan itu dijadikan bahan ketawa serta dihina atau dipandang rendah daripada masyarakat bahawa anak itu adalah dilahir dalam proses persenyawaan luar rahim. Ini akan membawa tekanan kepada anak tersebut pada masa yang akan datang. Bukan saja membawa keburukan kepada masyarakat , ia juga membawa masalah kepada keluarga Joshua. Ini telah menyebabkan Joshua menceraikan isterinya Anabella dan Anabella akan menjadi ibu tunggal. Malang sekali ialah anak yang tidak berdosa juga terlibat serta hidup dalam kelurga yang situasi berpecah-belah yang akan menjejaskan masa depan anak tersebut. Maka ini bermakna dalam teori utilitarianisme bahawa perbuatan Anabella adalah tidak bermoral kerana hanya membawa keburukan yang maksima kepada orang sebanyak mungkin dan semua pihak yang terlibat.
Kesimpulannya, majoriti perbuatan Anabella tidak boleh dijustifikasikan dari segi moral. Bias persepsi pasti berlaku… dipetik dr seorang sarjana barat: John Stuart Mills “the greatest happinest for the greatest number of people..”
A very hepy Chineese new year to my fellow frenz... King Chai n May... Wishing u... Hepy Chinese New Year to u n another bangsa tiong hwa... May god bless u all! See u soon!
still waiting for u... miss u so much! sabar2... we will meet soon... at ur home k? wanna taste ur masakan... nyam nyam... wishing u "hepy alwayz!!!" grrhhh!!! moga camat sampai!!!
aku xnk cakap banyak.. tapi... just nk bg korang tau... yang aku frust giler!!! bengang!!! sakit hati!!! geramnyer!!! KECEWA!!!
xpasal2... sebab "dia"... aku jadi camnie... sebab ape?
sebab kaki aku sakit la... xdapat nak wakil U! untuk MASUM (majlis sukan universiti malaysia) bercita-cita nk "lawan" dengan pelapis2 malaysia sape lagi HEBAT! huhuhuhu...
lagi pon... kaki aku nie... elok untuk turun demonstrasi jerk! kahkahkah. kelakar tol!
nak turun training... tetiba kaki sakit n hamstring... stamina hilang.. n bla bla bla... tapi?
sakit2 kaki nie... dah sampai kekedah aku drive... besoknyer lak... pi penang... jumpe rakan2 aktivis kat sane... kahkahkah...
itulah yang dinamakan... SAAT YANG BEGITU MENGECEWAKAN! kahkahkah
kahkahkah... baru selesai wat sedikit majlis dgn rakan2 aktivis.. cool! dpt kek drp Pro-M UPM... kahkahkah. malangnya... xdpt upload gambar sebab terlupa amik gambar... kahkahkah. hope rakan2 sekalian x "putus angis" lepas nie... kahkahkah. salam aktivis kepada semua...
KEPADA SEMUA RAKAN2 YG MENJADI FOLLOWER DI BLOG INI, SILA UPDATED ATAU PUN LEBEY DIKENALI FOLLOW SEMULA BLOG INI KERNA BLOG INI SUDAH DIREFORMKN KEPADA YG BARU... SO SEGALA MAKLUMAT DAN PERINCIAN BLON TUAN2 DAN PUAN2 TELAH PON HILANG SERTA MERTA. TQ... KAHKAHKAH