Jam dinding berdeting beberapa kali. Pukul 3 pagi. Entah kenapa aku terbangun dari tidur yg lena. Kutatapi wajah ’sahabat’ akrabku sedalam-dalamya. Kubelai perlahan rambut ikalnya yg menutupi wajahnya… Kau cantik sayang… bisikku perlahan. Tanpa disedari, usia perkahwinan kami telah mencecah tahun yg kelima. Namun kami masih belum dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri kebahagiaan ini. Ya Allah kurniakanlah kepada kami seorang anak…walaupun cuma seorang. Itulah doa yang sering ku panjatkan kepada Ilahi dalam setiap sujudku. Kami telah disahkan oleh doktor pakar bahawa kami berdua adalah normal.
Pelbagai ikhtiar telah kami usahakan. Mungkin benar apa yang dikatakan doktor dua thn lalu; “Bersabarlah, mungkin anda berdua sedang diuji Tuhan. Teruskan usaha dan berdoalah. Mudah-mudahan dimakbulkan doa anda berdua…” Apakah hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini. Aku yakin, Allah menyimpan hikmah ini untuk kuketahui suatu ketika kelak ….Pasti! “Huda….bangun…jom kita solat.” Kugerakkan bahu isteriku perlahan. Dia mengeliat ….Aku tersenyum melihat wajahnya yg keletihan. Letih menguruskan rumahtangga ditambah pula kesibukannya sebagai pengusaha Taman Didikan Kanak-Kanak. Tentu dia penat melayan karenah ‘anak-anak’nya….Ahh…Aku sayang padamu Huda..
Akhirnya, aku bangun sendiri. Aku tenggelam dalam solat malamku yg panjang..Dan seperti biasa aku tak pernah lupa memanjatkan doa sebagaimana dalam firman Allah… (al A’raaf : 189 ) yg bermaksud : ” Ya Allah jika Engkau memberi kami anak yg soleh, tentulah kami termasuk orang-orang yg bersyukur…” Jam berbunyi empat kali. Aku mengakhiri solat witirku dan ketika salam kedua ku dapati Huda dah berada di belakangku…Wajahnya masam, merajuklah tu. Kurenung wajahnya dengan riak lucu.” Kenapa ni…? Muncungya mulut…” usikku dalam nada separuh berbisik…. Semakin menjadilah rajuknya. “Kenapa abang tak kejutkan Huda…?” Protesnya… Aku tersenyum cuma. “Dah, abang tengok cik adik letih sangat…bukan tak kejut tapi cik adik sayang yang tak sedar…” Akhirnya Huda mengalah, tapi bersyarat…Jangan tidur sampai dia selesai solat malam. “Baiklah tuan puteri, saya yang menurut perintah.” Usikku lagi. Huda tersenyum lebar mendengar usikanku..
Serentak dengan itu jarinya yang mungil bertindak menggeletek pinggangku. Dia kemudiannya berlalu dengan wajah yang melucukan. Petang itu , sambil kami menikmati minum petang, Huda memecahkan kedamaian itu dengan ungkapan : “Abang…..nikah jelah satu lagi” Dengan nada yang bersahaja.. Aku tersentak. Aku memang amat mengharapkan keturunan. Kan Rasulullah berbangga umatnya ramai..! Tapi hingga saat ini aku belum mampu membahagikan cintaku pada wanita lain. Walaupun Islam tidak pernah menghalang poligami apatah lagi dengan keadaan yang kami alami sekarang ini .
Sanggupkah aku memikul bebanan ini ….? “Hai…tak takut cemburu ke…? Umpanku pula…”Cemburu…..emmm, itu kan memang fitrah manusia bang…takkan Huda tak cemburu. Aisyah pun cemburu pada Khadijah, tapi masalahnya sekarang, kalau abang kahwin satu lagi, kan Huda boleh tumpang kasih anak dari isteri abang..? Hujahnya panjang lebar. “Hai…Takkan tak cukup lagi ‘anak-anak’ di tadika..? “Abang niii..Itu lain. Itu bukan dari zuriat abang. “Macam mana kalau isteri kedua abang juga tak boleh melahirkan zuriat..?” umpanku lagi.. “Kahwin satu lagi..” “Kalau tak dapat anak juga…?” Usikku terus.”Nikah lagi..kan boleh sampai empat..!” Jawab Huda dalam nada semakin kendur. “Huss..Huda sayang !Jangan merepeklah . Abang tak mampu mencontohi Ibrahim bapa Ismail…berilah peluang abang meneladani Zakaria bapa Yahya.. ” Kutamatkan dialog ini seolah-olah marah kepadanya…Kudakap erat Huda…ada titisan panas yg membasahi dadaku..
Hari ini ulang tahun perkahwinan kami yang ke tujuh…umurku sudah merangkak 33 tahun…Uban di kepalaku sudah meningkat bilangannya …Berbanding ketika awal pernikahan bilangannya belum sampai sebelah tangan, beritahu Huda kepadaku. Sehingga ke saat ini, Allah belum kurniakan kami rezeki, seorang anak. Tapi cintaku pada Huda masih seperti dulu. Tak pernah pudar. Hidangan istimewa disediakan Huda hari ini….Ada bungkusan hadiah comel di meja hidangan. Huda menarik lenganku…dengan nada manja sambil berkata..: ” Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kita ..”
Begitu teratur kalimah itu dibisikkan ke telingaku. Sambil mataku mencuri pandang hadiah di atas meja. Ada sampul surat yang berlogo hospital terkenal di ibu kota. Tanganku segera ingin mencapai sampul tersebut. Huda dengan pantas menghalangya. “Makanlah dulu kek coklat yang Huda buat .! Abang ni tak sabarlah..” Protes Huda separuh merajuk. “Oklah sayang.” Ku pendamkan rasa ingin tahuku lalu ku ambil pisau yang dihulurkan.. “Bismillahirrahmanirrahimm
Airmataku terus mengalir seolah-olah tak akan henti; tika ini… tangisan SYUKUR..! “Kenapa jumpa doktor tak bagitau abang..?” Tanya ku seperti memprotes..”Kalau beritahu tak surprise lahhh…” Jawab Huda selamba.. Tiba-tiba aku rasa bersalah…Sejak akhir2 ini Huda ada mengadu sakit kepala dan rasa kurang selera makan. Kusangka dia terlalu letih menguruskan cawangan tadikanya yang baru…Ditambah pula dgn kesibukanku di pejabat dan ‘kewajipan saham akhirat’. Aku benar2 lupa membawanya ke klinik. Sungguh..!! Aku benar-benar rasa bersalah…Sejak berita itu diterima, kesihatan dan aktiviti Huda menjadi perhatian utamaku…segala hajatnya kupenuhi. Aku tak benarkan dia memandu sendiri dan bercadang mengupah driver utk kemudahannya. Aku minta supaya dia mengurangkan semua aktivitinya…Namun Huda tak bersetuju.. Katanya, janganlah terlalu manjakan dia..
Biarkan dia menjadi ibu yang ‘luar biasa’. Ibu yang ‘luar biasa’ akan melahirkan anak yang ‘luar biasa’…Ketika aku ttp meminta dia memenuhi hasratku…dia berkhutbah panjang. “Abang sayangg…abang kata nak jadi seperti Zakaria bapa Yahya…Abang kata nak bayi ini menjadi mujahid atau mujahidah… Abang…kalau kita bercita-cita nak jadikan anak kita sebagai mujahid atau mujahidah…kita kena latih dia sejak dalam kandungan.. Maknanya…jangan manjakan ibunya..Kalau dilimpahkan kesenangan pada Huda dan anak yang bakal lahir ini… bagaimana nak dapat anak seperti Fatimah atau Ali Abi Thalib..? Abangkan tahu…kesenangan dan kemewahan bukan modal yang baik untuk anak…Dengan kesusahan barulah generasi menikmati kesenangan di syurga. Sebelum sempat khutbahnya diteruskan, aku terus meletakkan tanganku di mulutnya..’Stop’.. Aku faham dan akan terus memahami hakikat pendidikan dalam Islam…Cuma aku sendiri pelik kenapa tiba-tiba aku yang jadi terlalu cerewet..!
Pagi itu selepas sarapan aku melihat Huda tidak seperti biasa…Peluh mengalir laju membasahi dahinya…Dia kelihatan pucat..Kurasa badannya, panas…! Seingat aku Huda hanya akan melahirkan pada 26 Mei…hari ni baru 26 April. Aku panik.. Aku segera membawa Huda ke hospital dengan seribu satu doa yg tak putus dlm hatiku. Aku harap ayah dan ibuku segera datang utk menambah ketenanganku. Aku mundar mandir..Ya Allah, selamatkanlah isteri dan anakku..bisik ku berulang kali.. “Encik Saifuddin..?”..Dr Khadijah…pakar sakit puan rujukan isteriku… “Ya…saya doktor…” sahutku cepat..Kuhampiri Dr Khadijah.. “Boleh kita berbincang sebentar…” Minta Doktor sambil mengajakku ke bilik rundingan..
Saya harap Encik Saifudin bertenang…Isteri encik menghadapi sedikit masalah…air mentubannya dijangkiti kuman.. Dan degupan jantung bayi didapati semakin lemah..Puan Huda perlu dibedah segera..” “Bedah..?” “Buatlah apa yang sewajarnya doktor.. Tapi isteri saya bagaimana doktor..?” Tanyaku dgn nada separuh ketar…bimbang. “Saya akan cuba sedaya upaya…utk menyelamatkan kedua-duanya…
Yang lain kita pulangkanlah pada Allah. Sama-samalah kita berdoa ..”Suara tenang tapi yakin lahir dari doktor Khadijah..Ya Allah…selamatkanlah isteriku…Ya Allah..jangan Kau ujiku di luar batas kemampuanku… Dalam sujudku yang panjang tak henti aku berdoa keselamatan isteri dan anakku..Aku memohon limpah kasih sayang Allah kepada isteri dan anakku tersayang.. Begitu lamaku cari ketenangan dalam solatku…tiba2 ayahku memanggilku mengajakku menunggu di luar bilik pembedahan.. Ketika sampai di pintu bilik…aku terdengar suara tangisan bayi…alangkah lunaknya. “Encik Saifudin..?” “Ya..saya..” “Alhamdulillah isteri encik telah pun melahirkan bayi perempuan yang sihat…2.9 kg dan comel seperti ibunya.” kata Dr Khadijah tenang…”Alhamdulillah…Iste
Kutenung wajah Doktor dengan tatapan penuh tanda tanya… Tiba2 doktor menggeleng kepalanya perlahan sambil tertunduk.. Mulutku ternganga seketika… “Maaf, saya telah berusaha semampu yg mungkin…Tapi Allah lebih menyayangi Huda…” Deraian air panas bercucuran tanpa boleh dibendung…Perlahan aku mengikuti doktor ke ruang bilik pembedahan…Kurasa seperti seretan kaki ini sungguh lemah dan tak berdaya…Sesusuk tubuh ditutup dgn kain putih…terbaring…Perlahan aku membuka kain penutup..Innalillahi wainnailaihi raji’unnnn…Dari-Nya kita datang…kepada-Nya kita kembali… Wajah Huda pucat…tapi bibirnya terukir senyuman manis…manis sekali…tanpa ku sedari ku dakap Huda seerat-eratnya…tangisku perlahan, tapi tak tertahan..! “Sabar Encik Saifudin…sabar..” Terdengar suara doktor Khadijah cuba menenangkan aku…”Nurse… tolong bawa anak Encik Saifudin..” katanya lagi…
Seorang bayi mungil yg masih merah dihulurkan di hadapanku…perlahan kuambil dan kudakap bayi itu…Kutatap wajahnya berganti-ganti dengan Huda..Mereka amat mirip.! Matanya, hidungnya, mulutnya, Allahuakbar..!!! Dadaku bertambah senak..tangisanku semakin menjadi-jadi…Sehinggalah ayah datang memegang bahuku..dan berkata… “Iqamahkan anakmu, Saifuddin…sambutlah yang hadir…doakanlah yang kembali..” Huda… rupanya inilah hikmah Allah…Maha Kuasa dan Maha Mengetahuinya Allah…Dia memberi kesempatan kepadaku menemanimu, mengasihimu, hampir selama lapan tahun…utk akhirnya memanggilmu setelah dikurniakan gantinya…
Ya Allah…jangan biarkan hati ini berandai-andai… Seandainya kami tidak mengharapkan anak jika itu membawa kematian Huda… Tidak… Tidak…itu semuanya ketentuan-Mu Ya Rabb…Tuhan yang Maha Mengetahui…Lagi Maha Pengasih… Selamat jalan Huda….sayang…
diberikan kelulusan oleh: *saudari nor atiqah abdul kadir*.
Monday, March 15, 2010
Selamat Jalan Sayang...
Posted by Isz D' Barney at 9:19 AM 1 comments
Labels: aku dan kamu, i love white, love white, sedey
NAMPAK...
Posted by Isz D' Barney at 3:11 AM 2 comments
Labels: aku dan kamu, i love white
LoL
Posted by Isz D' Barney at 3:09 AM 4 comments
Labels: aku dan kamu, bengong, cool, funny, hepy, i love white, kantoi
Tuesday, March 9, 2010
Disini lahirlah sebuah cinta... yang kekal abadi sejati...



Posted by Isz D' Barney at 1:16 AM 0 comments
Labels: bengong, cool, funny, hepy, i love white, kantoi, melayu mudah lupa, politikus
Friday, February 19, 2010
Today Review...
KAMI has landed in Kluang! Hilman, Isz D'Barney, Kecik and Lings came by Kluang yesterday evening and stayed a night exploring Kluang as well as to celebrate the Tiger Year with yours sincerely. The main agenda of the visit was to EAT, EAT and EAT. There are a few things that came into my mind when we talk about food in Kluang.
sumber: ehsan by kopi kluang raja chai.
Posted by Isz D' Barney at 3:29 AM 1 comments
Labels: cool, funny, hepy, i love white
Today Review...
just nk kongsi jer pengalaman dengan korang...
nk tau?
xpayah la...
kahkahkah
just kidding...
aku n da gang baru pulang dr menyambut hari raya cina di rumah king chai...
wah! cool beb! macam2 ada...
kahkahkah...
kalau difikir2kn memang agak x berbaloi...
sebabnya...
jauh tuh!
ditambah lagi dengan kos perbelanjaan ke kluang...dasyat2..kahkahkah.
(in details: minyak pi balik RM80, tol RM 65, lain2 RM 30...)
tp, disebabkan layanan baik n mesra yg diberikan oleh king chai n family (father, mum n uncle)...
kami diberikan penginapan di hotel beb!!!
kahkahkah...cool!
mkn pon sedap2...
"ada cucuk2 bintang"
menikmati sarapan di kluang railway station...
makan asam pedas kluang dikala malam yg sunyi...
dan yg paling best skali...
dapat ang pow berjumlah RM30...
kahkahkah...
thanks to woon's familys...
jasamu dikenang...
kahkahkah... (ayat skema jap) :p
itulah saat manis, cool, sempoi n cun skali utk tahun nie...
kahkahkah...
moga ketemu bukak sem nie k?
see ya!!!
kahkahkah...
Posted by Isz D' Barney at 3:17 AM 0 comments
Labels: cool, funny, hepy, i love white
Wednesday, February 17, 2010
MISS U...
MISS U..
HAHAHA
Posted by Isz D' Barney at 8:22 AM 0 comments
Labels: hepy, i love white
hallo ha!
hahaha
glad to see u guys!
but...
asgmnt cm giler lak now!
hahaha
tomorrow going to kluang... mkn besar!
hahaha.
c ya!!!!
kahkahkah
Posted by Isz D' Barney at 7:08 AM 0 comments
Labels: hepy, i love white
Friday, February 12, 2010
Sa Yo Na Ra...
MOGA PANDAI JAGA DIRI...
JANGAN PUTUS ANGIN DAN TERHENTI...
MAHASISWA DAN MAHASISWI...
KITA JUMPA NANTI!
Posted by Isz D' Barney at 7:47 PM 0 comments
Labels: bengong, hepy, i love white, sepi
Today Review...
baru sahaja selesai meneliti habis2 model LOTUS F1 CAR MALAYSIA...
warnanya agak x cool...
penonjolan dr aspek colour agak x berapa jelas...
penaja kelihatan seperti nk menyorokkan diri...
kahkahkah...
xpelah...
hope ada improvement...
wishing u best of luck LOTUS F1 CAR!
kahkahkah
Posted by Isz D' Barney at 10:27 AM 0 comments
Labels: bengong, hepy, i love white, pening
Today Review...
baru pulang dr menonton " Adnan Sempit " bagi memenuhi kuota 1 juta penonton...
kahkahkah
lawak giler la..
must see to anak muda yg COOL!!!
hahaha
Posted by Isz D' Barney at 10:17 AM 0 comments
Labels: funny, i love white
Saat aku...
melihat rakan2 ku dipersimpangan...
masing2 dengan sesuatu yang digalas dan dipegag...
ataupun yg bernama "beg"...
siap sedia menunggu kehadiran jentera-jentera pacuan masing2...
ada yg melambai-lambai...
ada yg menangis kesedihan n rindu...
ada yg bergelak ketawa...
ada yg duduk...dan ada yg diduduki...
dan aku?
masih disini lagi...
mencari ilham yg masih belum ku temui...
dan ku hanya terfikir...
"saat aku" disini...
Posted by Isz D' Barney at 12:50 AM 0 comments
Labels: i love white
Thursday, February 11, 2010
Bosan...
Posted by Isz D' Barney at 4:44 AM 0 comments
Labels: i love white

